SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan
kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas
positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja,
beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan
lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah,
timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat
berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan
menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau
positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke
dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang
cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses
pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai.
Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua
cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh badan yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah
yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi
ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu
lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu
sebelumnya.
Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu
bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu
malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta
alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama
Islam.
Oleh: Wan Marzuki Wan Ramli
Sumber : http://www.harian-metro-online.com
No comments:
Post a Comment