alang-alang da menceburi bidang perfume-perfume ni kan, meh kite cite sket sal parfum ni keyh..;)
Parfum sebenarnya digolongkan berdasarkan kadar sari wangiannya dan kadar alcohol sebagai campurannya. Kadar tertinggi yang terdapat pada parfum yang mengandungi esen lazimnya hampir 20%, asli tanpa campuran alcohol.
JOM kite kenali jenis Parfum lak..;)
Eau De Perfume (EDP)
Berada di kedudukan selepas parfum iaitu 15% kandungan esen dgn campuran sedikit alcohol. Aroma wangiannya tahan lama dan lebih sesuai digunakan di waktu malam.
Eau De Toilette (EDT)
Mengandungi kadar esen sebanyak 12% dan alkoholnya lebih tinggi. Wangian ini lebih ideal kerana aromanya ringan n tidak terlalu tajam. Lebih sesuai digunakan di waktu siang.
Eau De Cologne (EDC)
Jenis wangian yang paling standard n ringan meliputi aneka toilette waters termasuk tisu penyegar (wet wipes) yang memberikan kesegaran nyata. Hampir keseluruhannya mengandungi alcohol dan sedikit esen. Sesuai digunakan selepas mandi untuk melembutkan kulit dan menyegarkan badan.
Meh, kite bg tips untuk parfum tahan lebih lama..
1st- simpan di tempat dingin dan bersuhu rendah. Percaya atau tidak? sebenarnya parfum u ols boleh disimpan dalam peti ais kerana kandungan parfum + aqua + alkohol akan menyatu sehingga konsentrasi menjadi lebih padat, ini akan menjadikan parfum bertahan lebih lama.. tp jgn letak dlm freezer lak keyh..;)
Jika u ols ingin selalu berbau wangi n meningkatkan keyakinan diri, sapu or spray aroma pada spot yang tepat. Sapu or spray parfum paling minimum 1hour sebelum keluar rumah bg memastikan aroma parfum kekal meresap pada badan. Ia dapat memberi masa untuk parfum bertindakbalas dengan kulit u ols..
Jika u ols menggunakan lotion badan atau pelembap yang mengandungi pewangi, sebaiknya sapu or spray parfum terlebih dahulu. Alkohol akan meruap dan krim akan mengunci inti wangian n pati parfum tersebut.
Jangan sesekali spray parfum ketika mengenakan perhiasan, don't..don't..don't... kerana alkohol pada parfum akan merosakkan lapisan perhiasan. Spray parfum pada badan sebaiknya sebelum u ols mengenakan pakaian, barulah aroma parfum benar-benar meresap pada badan. U ols akan sentiasa wangi sepanjang hari n xperlu lg berulang kali spray parfum.. Dpt jimat parfum u ols yg mahal tue..;)
Sebaiknye juga, oleskan parfum di tapak kaki ketika ingin meyarung wedges or heel.. kerana ketika u ols berjalan, pergeseran yang terjadi menjadikan aroma sentiasa menemani u ols.. ;)
Selamat Berwangi2 keyh..ahakz ;)
No comments:
Post a Comment